Pada 21 Julai 2014 Bersamaan 23 Ramadhan 1435 H bertempat di Rumah Kelab Penjara Simpang Renggam Jawatankuasa Kanak-Kanak Daerah Batu Pahat mengadakan Program Psikopendidikan "Membina Sahsiah Murni". Anjuran bersama Penjara Simpang Renggam yang di rasmikan oleh Dato? Haji Daud bin Arbah Timbalan Pengerusi Jawabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Johor. Turut disertai oleh Tuan Haji Yahya bin Masod Pengerusi Jawatankuasa Kanak-kanak Daerah Batu Pahat dan diiringi oleh PKP Rosidek bin Musa.Seramai 40 orang kanak-kanak menghadiri program tersebut.
""